PENGENALAN

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam organisasi kerajaan dan sistem pendidikan. Kursus ini memberi anda peluang untuk mempunyai kelebihan dalam kerjaya, terutamanya setelah anda mempunyai penguasaan bahasa kebangsaan yang mantap dalam penggunaan istilah-istilah yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan kewangan.

Kursus Bahasa Melayu Sektor Perkhidmatan Kewangan ialah kursus bersijil yang dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Asian Banking School (ABS), dengan kerjasama Asian Institute of Chartered Bankers dan The Malaysian Insurance Institute. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor swasta, khususnya sektor perkhidmatan kewangan.

Oleh itu, kursus ini diharap dapat menampilkan citra bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, terutamanya dalam urusan penyediaan dokumen rasmi, komunikasi lisan dengan pelanggan serta kemahiran asas dalam penterjemahan.


KUMPULAN SASAR

Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.


TARIKH KURSUS DAN UJIAN

KURSUS UJIAN
Tarikh: 31 Oktober - 2 November 2022
Tempoh: 3 hari
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi: Asian Banking School, Level 3, Bangunan AICB, 10, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Secara bersemuka
Tarikh: 3 November 2022
Bahagian 1 (Ujian Bertulis): 9.00 pagi – 10.30 pagi
Bahagian 2 (Ujian Lisan): 10 minit setiap peserta
Lokasi*: Iverson Associates Sdn. Bhd., Suites T113-T114, 3rd Floor, Centrepoint, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Secara bersemuka

* Sebarang perubahan lokasi akan dimaklumkan kepada peserta melalui e-mel dan/atau panggilan telefon.



PENCERAMAH

PROF. MADYA DR. SALINAH BINTI JA'AFAR

Merupakan Pensyarah di Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau juga berkelulusan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang linguistik dari universiti yang sama. Dr. Salinah terlibat aktif dalam Persatuan Penterjemah Malaysia dan Persatuan Bahasa Moden. Beliau sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan Bahasa kepada pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat. Selain itu, beliau banyak membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam dan di luar negara.


YURAN KURSUS DAN UJIAN*

RM 1,300*

*Yuran tertakluk pada cukai perkhidmatan (6%).


Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
ABS : training@asianbankingschool.com
No. Telefon : 03 2701 7822
Muat Turun Brosur: Brosur

Follow us for latest updates!

Subscribe to MII’s Newsweekly to get weekly updates on MII products, news and promotions via email.
Click here to subscribe.